Thursday, February 19, 2009

MENJELANG DI HARI BAHAGIA

Bismillahirrahmanirrahim.......

Sudahkah anda yang ingin menjadikan hari bahagia anda dicatat dalam kenangan abadi?...Kami adalah 'pakar' dalam mengendalikan majlis anda sebagai yang anda idamkan. Pasti anda akan merasai kelainan yang gemilang serta tidak perlu berhutang. Kami akan pastikan pembayaran yang istimewa berlandaskan Islam.

.......JADI.......

KENYALANG ada penyelasaian

Jangan lepaskan peluang keemasan yang kami sediakan;
  • Baju pengantin/ bertunang
  • Hantaran
  • Kek
  • Khemah
  • Fotografi
  • Penyajian Makanan

HUBUNGI KAMI:

F-206 Jalan UP/2, Tmn UKAY Perdana,

6 8000 Ampang, Selangor

012-2624447 - Ali atau 016-2519148 - Yeop



ILMU PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Sejarah perkahwinan
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”.

Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.
Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)


Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:
"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan))

Tuesday, February 17, 2009

Seri Pengantin

Untuk menjadikan hari bersejarah anda lebih bermakna..
Anda boleh dapatkan khidmat jurugambar berpengalaman..
Untuk keterengan lanjut klik sini:-






Thursday, February 12, 2009

Adat Majlis Perkahwinan Melayu

Mengikut adat resam bangsa Melayu, majlis perkahwinan sepatutnya diambil berat sepenuhnya. Kepada bangsa Melayu, majlis perkahwinan adalah peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapat.

Adat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja, majllis bersanding seharusnya yang paling hebat peristiwanya. Mengikut adat silam, dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding.


Adat Majlis Perkahwinan Melayu - Memilih Menantu dan Upacara Selanjutnya

Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasai anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak lelaki mereka.Dalam memilih menantu, banyak perkara yang ibu bapa memberi perhatian dan pertimbangan. Gadis yang dipilih hendaklah dari keluarga yang secocok dengan mereka. Perangai serta tingkah laku mesti baik, ikhlas dan sempurna. Begitu juga daripada aspek-aspek pengetahuan agama dan bidang pelajaran, jika gadis itu bersekolah. Apabila berbincang dengan saudara yang memilih gadis itu, banyak perkara lain yang dibangkitkan. Akhirnya, setelah berpuas hati dengan gadis itu barulah mula dijalankan kerja-kerja untuk meminang. Kerja-kerja meminang diwakilkan oleh ibu bapa pihak lelaki kepada sudara maranya. Apabila peminangan dipersetujui ada yang menghantar tanda sebagai mengesahkan peminangan. Tanda yang biasa dihantar ialah sebentuk cincin emas bersama dengan hadiah lain seperti kain dan kuih-muih. Dengan adanya 'tanda' itu, si gadis itu dianggap sudah bertunang. Sewaktu menghantar tanda, ditetapkan tarikh menghantar belanja dan akad nikah. Ketika menghantar belanja, pihak lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dan kedua-dua pihak akan menyampaikan serta menerima hantaran yang ditetapkan. Dahulu wang hantaran digubah dalam pelbagai bentuk atau dibungkus dengan menggunakan kain baldu atau kain yang bersulam dengan begitu indah sekali. Iringan-iringan lain termasuk sirih junjung, bunga rampai dan hadiah-hadiah seperti pakaian, alat solek, buah-buahan dan pemanis seperti kuih-muih. Cara menjemput perkahwinan pada masa dahulu bukanlah melalui kad jemputan tetapi pihak ibu bapa atau saudara mara pengantin pergi dari rumah ke rumah untuk menjemput ke majlis perkahwinan. Mereka membawa tepak sirih dan terus menjemput serta meminta saudara mara dan sahabat handai datang ke majlis.

Kemuncak Upacara

Upacara akad nikah diadakan di rumah pengantin permpuan atau pun di masjid. Pada majlis itu barang-barang hantaran diletakkan di depan pengantin lelaki. Semasa upacara akad nikah, hantaran diserahkan kepada wakil pengantin perempuan. Pengantin lelaki sewaktu akad nikah duduk di atas tikar bersila berhadapan dengan imam. Imam mambacakan khutbah nikah, meminta pengantin lelaki membaca lafaz nikah dan mendaftarkan perkahwinan itu. Seterusnya pengantin lelaki dibawa berjumpa pengantin perempuan di dalam bilik pengantin untuk menyerahkan wang mas kahwin kepadanya. Untuk melakukan upacara membatalkan air sembahyang, pengantin lelaki bersalam dengan pengantin perempuan atau menyentuh dahinya. Upacara berinai diadakan di rumah pengantin perempuan pada waktu malam didahului pengantin lelaki duduk di atas pelamin. Ahli keluarga bergilir-gilir menjalankan upacara berinai. Selepas itu pengantin perempuan naik ke pelamin setelah pengantin lelaki keluar dari pelamin itu dan upacara berinai dijalankan.


Kemuncak bagi majlis perkahwinan ialah majlis bersanding yang diadakan di rumah pengantin perempuan pada mulanya. Pelamin diserikan dengan bunga-bunga hidup, kain-kain yang cantik dan lampu-lampu yang berwarna-warni. Pengantin perempuan duduk di sebelah kiri pengantin lelaki. Mereka memakai pakaian yang cantik tetapi tidak sama jenisnya. Mereka bersanding selama 15 atau 20 minit dengan direnjis tepung tawar oleh sanak saudara. Selepas doa selamat dibacakan barulah selesai majlis bersanding dan mereka masuk ke bilik pengantin. Disitulah mereka diberi makanan dan makan bersama ahli-ahli keluarga. Keesokan hari diadakan majlis bersanding di rumah pengantin lelaki. Itulah cara tradisional majlis perkahwinan bangsa kita.

Wednesday, February 11, 2009










Hantaran Perkahwinan

Sebaik sahaja diakad nikahkan, hak pertama hasil ijabkabul itu yang perlu kepada seorang suami terhadap isterinya ialah mas kahwin (mahar).Mas kahwin adalah satu pemberian yang wajib dibayar oleh seorang suami kepada isterinya, sama ada dalam bentuk wang ringgit atau harta benda, sebelum, sewaktu atau setelah akad nikah.Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 4 yang bermaksud : Dan berikanlah kepada wanita-wanita (yang kamu nikah) mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib diberikan samada dari harta, kadar, bilangan, timbangan, kiraan, sukatan dan sebagainya. Sabda Rasullullah S.a. w : Berilah (isterimu itu mas kahwinnya) sekalipun hanya sebentuk cincin besi.

Namun begitu, para fuqaha berpendapat bahawa mas kahwin mestilah terdiri daripada benda-benda yang mempunyai harga, bermanfaat, yang tertentu, halal atau apa sahaja yang sah menurut hukum syarak, serta tidak membebankan pengantin lelaki.Dalam perkahwinan, lelaki sama sekali tidak berhak mendapat sebarang peruntukan kewangan sebaliknya si lelaki wajib membayar mahar kepada perempuan. Mahar tidak semestinya berupa pemberian semata-mata kewangan, sebenarnya apa sahaja harta yang bernilai dan berharga yang menjadi simbol dan tanda penghormatan suami kepada isterinya.


Mahar dalam peruntukan undang-undang keluarga Islam ialah : Pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berbentuk wang tunai di bayar dan diakui sebagai hutang atau berbentuk cagaran atau berupa sesuatu yang mengikut Hukum Syarak boleh dinilai dengan wang ringgit.Ianya boleh dibayar tunai atau ditangguhkan. Tetapi sekiranya ditangguhkan ianya tetap dinamai hutang yang mesti dibayar oleh si suami.Islam tidak menentukan had minimum atau maksimum bagi pembayaran mahar, seeloknya mengimbangi kemampuan pihak lelaki dan tidak merugikan pihak wanita.